Hari ni 28.7.2012, maka genaplah sebulan ayah pergi meninggalkan kami semua...28.6.2012 (Khamis) detik 4.25 ptg ayah pergi mengadap Ilahi, detik yang merudum hati kami, detik yang aku rasa sangat terkilan di atas segalanya...kami redha atas pemergianmu walaupun sangat payah untuk menerima hakikat ini......
"Detik waktu terus berjalan, berhias gelap dan terang....Suka dan duga, tangis dan tawa, tergores bagai lukisan......
"Maafkanlah...bila hati...tak sempurna mencintaimu..
(Petikan dari lagu Opick )
ayat yang sangat menyentuh hatiku...
"kalaulah ayah masih dapat mendengar....."
Kadang-kadang terfikir...
Kalau balik raya tahun ni dah tak ada sesiapa lagi yang nak sediakan bangsal untuk bakar lemang, tiada lagi daun lemang, tiada lagi buluh lemang menanti untuk dibakar......
Kalau balik kampung lepas ni dah tak ada sesiapa lagi nak menyapu halaman rumah, di belakang rumah, tak ada sesiapa lagi yang nak buang sampah, yang nak bakar sampah.......
Lepas ni takkan ada lagi pokok lada tepi rumah, bucu dapur, kat tepi tebing..sebelum ni kalau nak cakap je kat ayah, tengok tengok dah ada kat tepi pintu.....
Setelah pemergian ayah, aku kini memahami...sayangnya ayah pada kami tak terucap, tak terlafaz dengan kata..tak terluah dari sanubarinya...semua perbuatan yang ditunjukkan sudah memadai untuk kami tahu...ayah sangat sayang anak-anaknya.....
Ayah pergi tanpa sempat merasai kasih sayang kami..terlalu singkat masa ayah sakit, terlalu teruk penderitaan ayah bermula dari ayah sakit sehingga ayah pergi mengadap Ilahi....sehinggakan tiada ruang dan celah untuk ayah berkata-kata, bercerita tentang kesakitannya, tiada ruang untuk merasai nikmatnya, bahagianya dia bila semua anak-anak berkumpul, menjaga, mengurus semua keperluan semasa ayah sakit.....Jauh disudut hati aku sangat terkilan...
Semuanya masih segar dalam ingatan...ketika ayah sakit, aku mula melayari internet mencari semua maklumat penyakit yang ayah hidapi. Kata hatiku yang ayah takkan lama bersama kami memang benar-benar berlaku. Masih segar juga dalam ingatan kali terakhir aku menjaga ayah di hospital, setiap kali azan kukejutkan ayah, membisikkan di telinganya supaya mendengar azan. Masih segar dalam ingatan detik terakhir aku nak meninggalkan ayah aku kucup pipinya..dapat lagi aku rasakan bau ayah seakan-akan bau bayi.....Sangat berat untuk meninggalkan ayah, dalam perasaan sedih aku pulang juga ke Parit Buntar....Perjalanan yang penuh dengan kerisauan, kesedihan..risau sekiranya apa-apa berlaku kepada ayah......
Allah dah beri petanda aku akan kehilangannya...
"Malam Khamis aku bermimpi di bawa seorang makcik tua ke kawasan perkuburan. Tiada sepatah kata, cuma aku hanya mengekori makcik tua itu mengelilingi kawasan kubur dan keluar semula dari kawasan perkuburan itu. Hanya mengekori...tiada perbualan antara kami."
(Rabu malam Khamis)
Pagi itu aku bingung kenapa mimpi macam tu...semuanya jelas terbayang. Pada suami, kawan-kawan semua aku beritahu...
Rupa-rupanya itulah petanda, ayah akan meninggal petang nanti....
Mungkin ayah sangat sayangkan aku, sebab tu aku diberi mimpi sebelum kehilangannya. Ataupun mungkin aku sangat takut dengan kehilangan ayah sebelum ini.......Akhirnya semuanya menjadi kenyataan..
Memori silam dengan seribu kenangan bersama ayah benar-benar mengusik jiwa. Kehilangan ayah membuatkan kami lebih tabah. Lebih menghargai apa yang kami ada sekarang..Andai ayah boleh bercakap sebelum dia pergi...mungkin dia akan minta kami semua menjaga mak sebaik-baiknya....Aku sedar pemergian ayah adalah sebagai tanda kepada kami supaya menghargai ibuku yang masih ada sekarang.
Setiap kali selepas solat aku sering berdoa memohon supaya ibuku yang keseorangan itu sentiasa dilindungi...dilembutkan hati abang dan kakakku supaya sentiasa menjenguk mak, menjaga mak sebaik mungkin. Aku di sini terlalu jauh dan tak terjangkau pandangan mata untuk menjenguk mak di kampung. Cuma kadang-kadang aku menelefon mak bertanya khabar........
Akhir Kalam.....
Buat insan tersayang bernama Mat Saman B Mamat....
semoga tenang engkau di sana..
semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohmu....
Kami semua anak-anakmu..Remli, Rahalim, Azmi, Adawiah, Zaleha, Syukri, Suhailay dan aku Suhaiza redha di atas pemergianmu..kami semua anak-anakmu terlalu sayangkan ayah.....Memori bersamamu tetap di hati kami.....
Al-Fatihah...
.................................................................................................
AYAHKU DALAM KENANGAN
Kad Pengenalan ayah yang sempat dirakam sebelum dihantar ke balai polis beberapa jam selepas meninggal
Beberapa hari sebelum ayah meninggal.....
Ayah bersama mak, 8 hari sebelum ayah meninggal.....jelas menggambarkan kesakitan yang ditanggung...kesian ayah..