Hari: Sabtu
Masa:2.30 pagi
Demi LADAP semua terpaksa berkorban waktu tidur. Seawal 2.30 pg kami berkumpul di Petronas Kg. Kedah, Parit Buntar..Thankz kwn2...tak kesah dgn cadngan pengarah projek (akulah..he..)tggu seawal ini.
Masa untuk bercaving
Tempat: Wang Burma, Taman Negeri Perlis
Watak kami dah bertukar macam ank-ank murid kami yang nak pergi kem.....
Sangat seronok....rasa macam 15 tahun dulu (Masa di sekolah dan universiti)
Gambar kat bawah ni, masa dah habis tracking, nak mula masuk gua....semuanya seronok walaupun masa tracking tadi kadang2 masam, kadang2 senyum..
Ni masa dalam gua.....tak pernah masuk gua...tapi pengalaman yang sgt menyeronokkan. Jalan itik, merangkak, menggelongsor, membongkok.....setiap aksi diiringi dengan gelak ketawa....memang jadi muda 15 tahun semula
Habis caving, kami berehat menunggu aktiviti petang. Sangat letih sehingga slot ceramah Jati Diri Guru oleh pegawai IAB pun kami terlena...faham dengan keletihan kami, Tn. Syed Putra tukar aktiviti kepada Team building. Masa tu semua dah terang mata semula...excited dengan aktiviti.....Banyak ilmu yang dapat. "Be Young, Go Young, More Young & Me Young" antara lawak yang menyegarkan mata kami....
Malam: Barbeque beramai-ramai bersama kawan2.....best!!
Tarikh: 1 April 2012
Masa ni dah nak keluar dari Wang Burma. Nak pergi Nat di Wang Kelian yg x sampai 2 km pun....masa menghabiskan duit..ngeh ngeh ngeh...
Dah sampai kat Wang Kelian. Bergambar dulu yang penting. Lama dah tak buat perangai macam ni.....kik kik kik......nasib tak jatuh huruf2 Wang Kelian tu.......
Tak habis lagi posing....last. Masa ni semua dah berpecah....pakat rabun mata beli mcm2.....
Dah habis idea dah........lepas Wang Kelian, kami pergi lagi ke Padang Besaq....duit byk lagi...Nak kena perabih....
Kepada kawan-kawan (Semua cikgu2 Raja Lope).....terima kasih atas komitmen semua..terima kasih kerana menyambut baik program LADAP pertama kali di luar....terima kasih kerana bersama-sama mengukir, melakar dan mewarnai kenangan indah ini......Tahun depan kita rancang lagi program LADAP seumpama ini.