Cubalah.....
![]() |
Dah beberapa hari dalam peti ais baru ambik gambar...hehehe...
Resepinya:
Biskut - untuk lapisan puding dalam 1/2 kg je....
Bahan A
1. Agar-agar - dlm anggaran paket yang 24 gm tu...lebih kurang
2. Air - 7 cawan air
3. Gula - 2 cawan
Masak agar-agar sampai hancur dan tambah gula..
(Rasa manisnya, kalau kurang tambah gula)
Bahan B
1. Susu sejat - 1 tin
2. Butter - dalam 3 sudu (ikut resepi betul sampai 1 ketul)
3. Telur - 3 biji
4. Kastard - 1 cawan
5. Esen Vanila - sedikit saja
Cara-cara:
1. Semua bahan B kecuali butter diblend sekejap untuk sebatikannya
2. Tapis agar-agar ke dalam kuali (supaya senang dikacau berbanding periuk).
3. Masukkan bahan B dan buka api perlahan
4. Masukkan butter
5. Kacau sampai campuran rasa pekat dan matikan api.
6. Dalam bekas, selang selikan puding dan biskut.
7. Sejukkan...dan masukkan dalam peti ais..
8. Nyam...nyam....kepada kawan-kawan......esoknya bawak ke sekolah utk mkn bersama kwn2
9. Selamat mencuba.........