Selasa, 20 Disember 2011
Cuti sekolah Akhir Tahun Bermula......Percutian Pertama: 19.11 & 20.11 (Pulau Langkawi)
Kesian kat ank2 masa pergi langkawi ni........semua demam.....langsung tak seronok.....belum turun dari rumah, dah mula muntah..nak cancel, dah bayar tambang....Alhamdulillah...nasib lah tak jadi apa2 kat tempat orang tu..........Dah besar2 nanti budak2 ni baru nak jejak kaki lagi kat Langkawi...Tak sesuai bawak diorang masa kecik2 ni.......
Bahagiakan Anak-anak Di Sg. Klah Hot Spring
Tak rugi rasanya bawak anak-anak datang sini..kira tolong promote la ni....Tak tahu ke mana nak pergi bawak kakakku satu family...tiba2 teringat kak Aisayah kata Sg. Klah Hot Spring best.....Malam tu jugak survey.....kata sepakat dah dibuat...esoknya kami terus ke destinasi............Anak2 n ank2 sedara semua x puas mandi..........Panjang umur lain kali pergi lagi.....Cuma lain kali kena book homestay awal2 skit........
Isnin, 12 Disember 2011
Amzar dapat adik......
Tanggal 12.12
Ulangtahun perkahwinan (12.12.2002) dah 9 tahun.....semoga tahun ke 10 (2012) perkahwinan kami lebih bermakna daripada tahun sebelum ini....
Si kecilku Insyirah juga diraikan sekali....belated birthday..sepatutnya 25.10 baru ni.....dah 4 tahun dah dia hadir dalam hidup kami......semoga dipanjangkan usia dan segala kebaikan dunia & akhirat menjadi miliknya.....Amin.....
Selasa, 25 Oktober 2011
Resepi Coco Punch...Nyam..nyam...
Puding pertama menjadi kesukaan suamiku.....
Cubalah.....
Dah beberapa hari dalam peti ais baru ambik gambar...hehehe...
Resepinya:
Biskut - untuk lapisan puding dalam 1/2 kg je....
Bahan A
1. Agar-agar - dlm anggaran paket yang 24 gm tu...lebih kurang
2. Air - 7 cawan air
3. Gula - 2 cawan
Masak agar-agar sampai hancur dan tambah gula..
(Rasa manisnya, kalau kurang tambah gula)
Bahan B
1. Susu sejat - 1 tin
2. Butter - dalam 3 sudu (ikut resepi betul sampai 1 ketul)
3. Telur - 3 biji
4. Kastard - 1 cawan
5. Esen Vanila - sedikit saja
Cara-cara:
1. Semua bahan B kecuali butter diblend sekejap untuk sebatikannya
2. Tapis agar-agar ke dalam kuali (supaya senang dikacau berbanding periuk).
3. Masukkan bahan B dan buka api perlahan
4. Masukkan butter
5. Kacau sampai campuran rasa pekat dan matikan api.
6. Dalam bekas, selang selikan puding dan biskut.
7. Sejukkan...dan masukkan dalam peti ais..
8. Nyam...nyam....kepada kawan-kawan......esoknya bawak ke sekolah utk mkn bersama kwn2
9. Selamat mencuba.........
Cubalah.....
![]() |

Isnin, 17 Oktober 2011
Mendidik anak bukannya senang..................
Perbuatan baik seorang ibu yang menarik hati adalah satu uswah bagi seorang anak. Ucapan lembut seorang ibu ibarat titisan madu dan penawar yang terus menerus menitis ke dalam telinga seorang anak yang amat berpengaruh pada daging, tulang dan darahnya.
Harap-harap aku dapat amalkan kata-kata ini dalam usaha mendidik anak-anakku....
Harap-harap aku dapat amalkan kata-kata ini dalam usaha mendidik anak-anakku....
Rabu, 12 Oktober 2011
Wafi Dan insyirah
Masa ni Wafi, Humairah & Insyirah duk kat SM Teknik, Sg. Petani. Tunggu tgk abang Fakhrul buat persembahan Boria sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan.
Rabu, 28 September 2011
Selamat Hari Lahir Ke-6 Si Sulongku...........
Inilah anak-anakku peneman hidupku hingga ke akhir hayat........
Macam2 ragam anak-anakku......
Si Sulong: asyik berimaginasi melakonkan watak Goku,Gohan dalam Dragon Ball, Ben-10, Power Rangers.
Si Tengah: Asyik makan je....pantang nampak makanan, mesti mau. Kalau mkn nasik satu pinggan sapu bersih.
Si Kecik: Asyik buli abg ngan kakak je....kadang2 lawan tarik rambut ngan kakak. sudahnya, kakak yang kalah.
Si Abah: Tak abis-abis dengan bola..bola..bola....kalau team fulham lawan, rela berjaga sampai pagi.......

Langgan:
Catatan (Atom)